top of page

Soal/Jawab

 

Di ruangan ini, admin himpunkan soalan-soalan popular yang biasa ditanya mengenai program TuneTalk ToneExcel ini dan sudah pasti ianya berserta dengan jawapan daripada yang arif.

 

.Atau anda boleh pilih untuk membaca salah satu berikut:

1. Himpunan soalan lazim dari bukan ahli

2. Himpunan soalan lazim dari kalangan ahli


SOALAN: Bagaimana Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini?

Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program cukup mudah! Anda hanya menjual SIMKAD handphone ToneExcel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk) kepada adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari ToneExcel.

SOALAN: Berapa harga sekeping SIMKAD TuneTalk-ToneExcel ini?

Harganya RM90 sekeping (yang mengandungi kredit sebanyak RM30)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN: Apakah service provider yang digunakan?

ToneExcel menggunakan service provider TuneTalk, dan TuneTalk menggunakan prasarana Celcom.

 

SOALAN: Berapakah charge panggilan dan SMS yang dikenakan?Panggilan 28sen seminit dan 10sen/SMS ke semua rangkaian seluruh Malaysia.S

 

SOALAN: Dimanakah boleh membeli top-up prepaid ini?

Anda boleh membeli topup dimana-mana kedai telekomunikasi yang menjual topup TuneTalk di seluruh Malaysia, stesen minyak yang menggunakan e-pay, secara online melalui Maybank2u atau CimbClick, dan banyak lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid TuneTalk-ToneExcel ini?
Banyak kelebihannya! Anda boleh mengekalkan nombor lama (yang anda gunakan sekarang), anda diberi insuran kemalangan sebanyak RM100,000 secara percuma, boleh menaiki kapal terbang AirAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukarkan kepada airtime atau handphone dan paling penting, peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus. Kita juga dibayar komisyen sebanyak 6% untuk setiap topup pada Level 1, 3% untuk setiap topup pada Level 2 dan 11% untuk setiap topup pada Level 3. Boleh rujuk marketing plan DI SINI

SOALAN: Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya?
Untuk bonus fast track, jika anda sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan di bank-in ke akaun anda pada hujung bulan. Jika sponsor dari 16-31 hb pula, bonus akan dimasukkan kedalam akaun pada 11 hb depan. Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa ke bulan hadapan.

SOALAN: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki topup minimum RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30.

SOALAN: Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekaligus boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.

SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline dan bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja. Bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.

SOALAN: Dimanakah nak dapatkan SIMKAD ini?
Anda boleh mendapatkan simkad ini dengan datang terus ke ibu pejabat ToneExcel di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur (alamat lengkap) atau melalui agen penjual simkad yang berhampiran (lihat senarai). Atau dapatkan terus secara pos ekspress daripada admin.

SOALAN: Bagaimana dengan signal TuneTalk-ToneExcel ini?
Disebabkan mereka menggunakan prasarana Celcom, maka signal sama dengan Celcom. Jika dikawasan anda itu line Celcom baik, maka line TuneTalk juga baik.

SOALAN: Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini?
Dapatkan SIMKAD ini terlebih dahulu dan selepas itu, aktikan SIMKAD tersebut dan daftar didalam perniagaan ini.

SOALAN: Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama.
Anda rujuk DI SINI

SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat seperti ibu/bapa, suami/isteri, anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga kepada mereka yang sebelum ini membayar bil/prepaid telefon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian TuneTalk-ToneExcel ini.

Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian company X, dan mereka topup (kadang-kadang kita juga yang bagi duit top-up mereka), company X bertambah kaya. Kali ini jika mereka menggunakan talian TuneTalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, ceritakan peluang ini dan ajak mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.

SOALAN: Bagaimana cara saya ingin menaja orang lain?
Sungguh mudah! Anda hanya perkenalkan perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan atau sesiapa sahaja. Sesudah mereka memperolehi simkad TuneTalk-ToneExcel, suruh mereka aktifkan simkad tersebut melalui SMS dengan menyertakan ID anda sebagai penaja.

SOALAN: Bagaimana cara promosi perniagaan ini?
Cukup mudah, hanya terangkan kepada rakan-rakan mengenai peluang perniagaan ini. Kaedah promosi banyak. Boleh buat secara online dengan berkongsi peluang ini kat laman sosial seperti Facebook dan Twitter, jika ada blog kongsikan kat blog. Be creative.

SOALAN: Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya mengembangkannya secara online?
Anda boleh memohon untuk memiliki website promosi secara PERCUMA. KLIK DISINI

SOALAN: Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insuran kemalangan yang ditawarkan?
Sila rujuk disini.
http://www.tunetalk.com/my/services/insurance
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancepolicy
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancefaq

SOALAN: Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah didalam member area mereka, pada bahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa fax kan atau scan borang penyerahan komisyen ini ke 003-9054 0278.
Klik disini untuk mendapatkan borang tersebut.

SOALAN: Saya telah menggunakan simkad TuneTalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan nombor TuneTalk ini kepada SIMKAD Tunetalk-ToneExcel saya yang baru?
Boleh, hanya guna cara SMS. Lihat DI SINI

SOALAN: Saya tidak pandai komputer, tiada laptop dan tiada broadband, bolehkah saya jalankan perniagaan ini?
Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS.

SOALAN: Saya pergi ke kedai dan saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM90?
TuneTalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad TuneTalk yang biasa harganya RM5 sekeping dan call ratenya 15sen seminit dan 5sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.

Manakala kedua adalah Simkad TuneTalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM90 - calling ratenya 28sen seminit dan 10sen SMS tetapi ada referral program, kalau promote pada orang lain dapat komisyen. Dan simkad ini tiada dijual dikedai-kedai telefon, hanya boleh didapati daripada main office di Sri Petaling atau mana-mana service centre yang dilantik oleh ToneExcel. Tetapi kedua-dua jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up TuneTalk sahaja.

SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan nombor passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki akaun bank di Malaysia.


SOALAN: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, namun perlu selesaikan bil-bil tertunggak dahulu dan selepas itu buat seperti yang ditunjukkan di halaman aktifkan simkad.

SOALAN: Saya dah join ToneExcel ini, boleh ke kalau downline saya beli simkad dari orang lain atau dari agen penjual simkad ditempat lain?
Boleh. Cuma pastikan downline anda tidak menyuruh agen penjual simkad itu mengaktifkan simkad tersebut, kerana mereka boleh aktifkan sendiri apabila pulang kerumah dengan menggunakan cara SMS. Pastikan dia tahu apa IDP anda, jangan tersilap.

SOALAN: Saya dah buat pendaftaran cara SMS tapi tiada reply pun?
Selepas 1 jam pendaftaran jika tiada reply, segera hubungi 010-777 2702 (admin3) dan dia akan beritahu apa masalah dengan SMS anda. Diantara masalah yang sering terjadi:-

1. SMS anda tidak sampai kerana handphone anda tiada kredit, message tak send out pun.
2. Salah menghantar maklumat atau tiada maklumat yang penting diberikan. Contohnya no simkad 8 digit, diberikan 7 digit sahaja, kadang2 tiada no IC atau passport, kadang2 tiada no idp.
3. No simkad yang diberikan sudah digunakan oleh orang lain.
4. No simkad yang diberikan bukan no simkad tunetalk/toneexcel tapi no tunetalk biasa.
5. Simkad yang dibeli bukan dari group Mazelan Abas, maka dealer code utk pengaktifan berbeza, jadi DEC perlu bantuan HQ mengaktifkannya, pendaftaran menjadi lambat.
6. Ada yang hantar SMS guna simkad lain, tapi belum dapat reply SMS lagi dah keluarkan simkad lain tersebut, dan masukkan simkad tunetalk. Reply akan dihantar ke simkad yang mana kita hantar message pendaftaran. Kalau dah dikeluarkan simkad tersebut, macamana nak dapat reply.

SOALAN: Saya baru sertai ToneExcel ini, macamana nak check baki dengan simkad TuneTalk ni?
Tak mengapa, baru pun asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad TuneTalk-ToneExcel ini.

* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)
* Untuk tambah nilai kredit, pergi ke kedai-kedai yang menjual topup seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, stesen minyak, dan beli topup TuneTalk. Jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.
* Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.
* Untuk mendapatkan Tune Buddies 10 nombor (Tune Buddies adalah rate istimewa dari ToneExcel dimana calling rate adalah 26sen dan SMS 15sen) *111# - Pilih Option 4 - Services, kemudian Option 3, Favourite 8

SOALAN: Sekiranya kita dapat menaja seorang downline bolehkah kita mendapat bonus fast track dengan meletakkan downline itu di level 2 atau level 3?
Tidak, hanya di level pertama sahaja.

SOALAN: Saya ingin menyertai program ini, tetapi saya tiada bank account sendiri, bolehkah saya menggunakan bank akaun orang lain?
Boleh, anda boleh menggunakan bank akaun orang lain. Namun begitu anda perlu mengisi borang ini (download) terlebih dahulu. Selepas selesai anda boleh menghantar semula kepada info@toneexcel.com atau fax ke 03-90540278. Apabila membuat penghantaran, sila followup dengan ToneExcel samada mereka menerimanya atau tidak, call 0105000969. Kegagalan anda melakukan sedemikian menyebabkan komisyen anda akan tertangguh.

SOALAN: Topup TuneTalk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan?
RM 5 - 5 hari
RM 10 - 11 hari
RM 30 - 50 hari
RM 50 - 75 hari

SOALAN: Bagaimana nak setting GPRS?
Taipkan SET dan hantar ke 20999 kemudian ikut arahan yang diberikan.

SOALAN: Saya dah join TuneTalk-ToneExcel ini dan dah buat port-in, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja dan tak boleh call keluar, macam mana nak settle ya?
Kadang2 kes macam ini jadi hanya pada kita yang buat port-in sahaja. Jika anda menghadapi masalah boleh terima call in, tapi tak boleh call out, ikuti langkah dibawah ini, betulkan setting dalam handphone anda.

1) Dalam telefon anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING.
2) Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain daripada Tunetalk/Celcom. Anda kena pilih Digi atau Maxis.
3) Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNETALK atau CELCOM.
4) Sila OFF handphone anda dan ON semula dan cuba buat outgoing dan incoming call.

Jika masih tak boleh juga sila hubungi terus Khidmat Pelanggan Tunetalk (0105001333) atau ToneExcel (0105000969)

SOALAN: Saya baru menyertai biz TuneTalk-ToneExcel ni dan saya telah pun buat port in. Saya juga pengguna tegar ebanking macam maybank2u, cimbclick, e-eon, dan macam2 lagi. Semalam saya nak buat request TAC, tapi tak dapat la. TuneTalk ni tak support ke ebanking?
Terima kasih kerana bertanya. TuneTalk support ebanking. Untuk selesaikan masalah itu saya cadangkan anda pergi ke ATM bank berkenaan, tukar no telefon ke no telefon yang lain, selepas itu masuk semula dan tukar no telefon ke no telefon asal yang mana digunakan untuk terima tac tersebut. Ini macam nak reset semula je.

Tetapi saya juga ada menerima rungutan dari rakan2 yang mengatakan cara ini tidak boleh kepada no asal Celcom. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, jika anda aktif e-banking dan pengguna no Celcom, saya cadangkan elok tidak perlu buat port in, sehingga masalah ini dapat diselesaikan. Guna simkad TuneTalk seperti biasa dahulu.

SOALAN: Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang dibawah downline saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu?
Biasanya ToneExcel mengambil masa 2/3 hari untuk update didalam member area. Dan yang kedua, biasanya mereka daftar downline/affiliate, tetapi samada mereka tidak aktifkan simkad tersebut atau tidak buat satu SMS selepas aktifkan simkad.

SOALAN: Boleh terangkan macamana katanya top up TuneTalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia?
Setiap kali anda topup, anda akan mendapat point untuk melayakkan anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia. Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini, jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara percuma.
Keterangan lanjut mengenai pemberian points. Klik Disini
Keterangan lanjut mengenai redeem points. Klik Disini

SOALAN: Saya kehilangan simkad, apa perlu saya lakukan?
1. Dapatkan simkad ganti (Replacement card) pada harga RM10 sekeping. Pesanan boleh dibuat secara online.
2. Apabila dah dapat simkad tesebut, hantarkan maklumat dibawah ini:
a. Nama Penuh
b. No IC
c. No ID ToneExcel
d. No serial number simkad yang hilang itu.
e. No serial number simkad ganti yang baru diperolehi tersebut.
Hantarkan maklumat tersebut kepada toneexceldotbiz@gmail.com atau SMS ke 010-517 3358

SOALAN: Saya tersalah IC semasa pendaftaran, apa perlu saya lakukan?
Hantarkan email kepada toneexceldotbiz@gmail.com

SOALAN: Saya tersalah letak downline saya, terletak bawah orang lain, apa perlu saya lakukan?
Ini merupakan kesalahan yang tidak boleh dibetulkan. Jadi sebelum sms pastikan idp adalah betul.

SOALAN: Saya dah cuba sendiri buat proses (Port In) untuk kekal no maxis lama saya, tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi?
Proses nak kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama. Jika di maxis anda pakai IC lain dan di TuneTalk anda pakai IC lain, sudah pasti Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah anda hubungi sendiri kepada telco telefon anda dan cuba periksa terlebih dahulu apakah IC yang digunakan semasa pendaftaran dahulu. Jika tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.

SOALAN: Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?
Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda (www.toneexcel.com) dan klik di Geneology, selepas itu dekatkan cursor pada gambar tersebut dan ia akan tunjukkan no ID downline anda.

SOALAN: Saya rasa keliru mengenai program WOW program TuneTalk-ToneExcel ini, ada sesetengah web beritahu minima maintain setiap bulan RM20, ada yang tulis RM30 ada pula yang kata RM38. Yang mana satu betul?
Yang betul adalah RM20. Dulu memang RM38, tetapi sekarang adalah RM20 sahaja. Yang RM30 tu saya rasa adalah cadangan mereka untuk kita supaya kekal mendapat perlindungan insuran yang diberikan oleh etiqa Maybank. Etiqa memberi syarat kepada pengguna TuneTalk untuk kekal didalam insuran tersebut mereka perlu maintain topup sebanyak RM30.

SOALAN: Kawan saya dah daftar dan dah dapat no TuneTalk, tapi kawan tu tak suka no tu, so kawan tu nak tukar no lain. Boleh ke?
Boleh. Untuk makluman anda, member tersebut kena login di selfcare akaun untuk menukar nombor telefon yang didaftarkan.

Sila rujuk langkah-langkah untuk login ke akaun selfcare anda:

1. Pergi ke laman web www.tunetalk.com
2. Klik Selfcare
3. Klik di Forgot password/username (sekiranya anda tidak mempunyai password untuk selfcare)
4. Pilih forgot password dan masukkan NRIC serta nombor telefon anda.
5. Password tersebut akan dihantar ke telefon anda (dipaparkan di screen telefon)
6. Sila login dengan password yang diberi.
7. Setelah login, sila klik di bahagian "MY NUMBERS" dan pilih "CHANGE NUMBER" untuk menukarkan nombor telefon. Setiap penukaran nombor hp, TuneTalk akan charge RM5 kepada kita.

SOALAN: Saya masih kurang jelas bagaimana ToneExcel membayar komisyen kepada kita, boleh tolong terangkan?
Boleh, untuk memudahkan tuan memahami cara atau sistem ToneExcel membayar komisyen kepada kita, sila lihat video yang saya
sediakan disini:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN: Boleh ke beli simcard kaedah dropship dari pihak tuan semasa menaja? Memandangkan pendapatan saya yg tidak mengizinkan utk menyediakan bajet stok modal simcard lebih. Maksud saya, sekiranya ada kenalan jauh (contohnya kawan facebook, yg nak join program tone excel ini, dia bank in harga simcard RM90 + postage RM5 kpd saya, kemudian saya transfer jumlah tersebut ke akaun pihak tuan. Kemudian pihak tuan akan mengirimkannya kpd kenalan saya itu tadi...) Boleh ke?
Boleh sangat2, sebab ramai orang yang berbuat demikian.

SOALAN: Kalau saya kekalkan no lama dari TuneTalk biasa ke TuneTalk-ToneExcel, adakah point yang ada tersebut akan hilang?
Tidak, point tersebut tidak akan hilang dan dia ikut sekali kedalam simkad TuneTalk-ToneExcel anda.

 

 

 

Copyright ©2014 - Panduan Tone Excel

Disclaimer: Ini adalah laman web group peribadi yang dibangunkan bertujuan memberi panduan kepada agen yang berdaftar dibawah Ismail Putera Bin A.Hamid dan rangkaiannya. Ia bukan laman web rasmi syarikat yang disertai. Sebagai admin, saya tidak bertanggungjawab terhadap kerugian yang mungkin berlaku daripada penggunaan laman web ini dan saya juga tidak menjamin sebarang pendapatan.

Sila Hubungi Kami :

 

Phone : 016-685 4699

               016-995 9585

               011-2637 6574

               017-302 7920

              

Email : tunetalksc@yahoo.com

ALAMAT :

 

NO.45A JALAN KAJANG IMPIAN 2/1,TAMAN KAJANG IMPIAN 43650 BANDAR BARU BANGI,SELANGOR

MALAYSIA.

bottom of page