Panduan Tone Excel Sumber Rujukan & Panduan Buat Semua Ahli TuneTalk ToneExcel
Marketing Plan Tune Talk Tone Excel
*UPDATE: 17 oct 2014
Berikut adalah marketing plan (pelan pemasaran) Tone Excel dan ianya digunapakai selagi tiada makluman perubahan dari pihak syarikat. Pihak admin akan sedaya upaya mengemaskini halaman ini dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan.
-FAST TRACK BONUS (BONUS PENAJAAN)-
Bonus penajaan adalah sebanyak RM20 untuk setiap tajaan langsung (direct sponsor). Ini bermakna, jika anda menaja 3 orang secara langsung, anda memperolehi bonus sebanyak RM60. Bonus ini tiada had selagi mana anda melakukan tajaan langsung
Pembayaran bonus penajaan dibuat dua kali sebulan. Rujukan:-
Nota:
1) Pembayaran akan dibuat tidak kira berapa amaun'nya
2) Setiap transaksi dicaj RM3
RECURRING PASSIVE INCOME (PENDAPATAN PASIF)-
Kenapa dipanggil pendapatan pasif? Hal ini kerana, tanpa melakukan kerja sekalipun anda tetap akan menerima bonus melalui pembelian atau penggunaan topup Tone Excel oleh downline anda.
Dan apa yang menarik dengan bonus ini, Tone Excel membayar sehingga 3 level dan pendapatan ini akan terus diperolehi selagi mana downline anda dan rangkaian sehingga level 3 menggunakan simkad Tone Excel.
Berikut adalah peratus bonus mengikut level:-
Tambah menarik lagi, jika anda topup RM60 atau lebih dalam tempoh sebulan, anda akan menerima tambahan komisen sebanyak 4% pada level 1 dan 2% pada level 3. Sebagai rujukan:-
Untuk melayakkan anda mendapat bonus pendapatan pasif ini, anda perlu melakukan tambah nilai sekurang-kurangnya RM20 sebulan. Tapi kerana ini produk pasti guna, tentu saja anda tiada masalah dengannya.
Bayaran akan dibuat terus ke akaun bank pada 21HB setiap bulan. Walau bagaimanapun, jika bonus kurang daripada RM30, ianya akan disimpan dan dibayar pada bulan berikutnya (jika sudah lebih RM30).



