top of page

Soalan Lazim Dari Bukan Ahli

 

 

 

Berikut adalah soalan-soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang belum menjadi ahli. Jika ada prospek (bakal downline) yang bertanya soalan-soalan seperti yang terdapat pada halaman ini, anda copy saja jawapannya dan berikan kepada prospek anda itu. Jika perlu, anda edit namun pastikan ianya tidak mengubah maksud asal jawapan tersebut.

SOALAN: Bagaimana Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini?
Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program cukup mudah! Anda hanya menjual SIMKAD handphone ToneExcel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk) kepada adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari ToneExcel.

SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid TuneTalk-ToneExcel ini?
Banyak kelebihannya! Anda boleh mengekalkan nombor lama (yang anda gunakan sekarang), anda diberi insuran kemalangan sebanyak RM100,000 secara percuma, boleh menaiki kapal terbang AirAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukarkan kepada airtime atau handphone dan paling penting, peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus. Kita juga dibayar komisyen sebanyak 6% untuk setiap topup pada Level 1, 3% untuk setiap topup pada Level 2 dan 11% untuk setiap topup pada Level 3. Boleh rujuk marketing plan DI SINI.

SOALAN: Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini?
Dapatkan SIMKAD ini terlebih dahulu dan selepas itu, aktikan SIMKAD tersebut dan daftar didalam perniagaan ini.

SOALAN: Berapa harga sekeping SIMKAD TuneTalk-ToneExcel ini?
Harga sekeping simkad adalah RM90 dan ia mengandungi kredit (airtime) sebanyak RM30 yang boleh digunakan serta merta, namun perlu daftar dan aktifkan simkad terlebih dahulu.

SOALAN: Apakah service provider yang digunakan?
ToneExcel menggunakan service provider TuneTalk, dan TuneTalk menggunakan prasarana Celcom.

SOALAN: Berapakah charge panggilan dan SMS yang dikenakan?
Panggilan 28sen seminit dan 10sen/SMS ke semua rangkaian seluruh Malaysia.

SOALAN: Dimanakah boleh membeli top-up prepaid ini?
Anda boleh membeli topup dimana-mana kedai telekomunikasi yang menjual topup TuneTalk di seluruh Malaysia, stesen minyak yang menggunakan e-pay, secara online melalui Maybank2u atau CimbClick, dan banyak lagi.

SOALAN: Topup TuneTalk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan?
RM 5 - 5 hari
RM 10 - 11 hari
RM 30 - 50 hari
RM 50 - 75 hari

SOALAN: Dimanakah nak dapatkan SIMKAD ini?
Anda boleh mendapatkan simkad ini melalui orang yang memperkenalkan peluang hebat ini kepada anda.


SOALAN: Bagaimana dengan signal TuneTalk-ToneExcel ini?
Disebabkan mereka menggunakan prasarana Celcom, maka signal sama dengan Celcom. Jika dikawasan anda itu line Celcom baik, maka line TuneTalk juga baik.

SOALAN: Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama.
Rujuk halaman aktifkan simkad.

SOALAN: Saya tidak pandai komputer, tiada laptop dan tiada broadband, bolehkah saya jalankan perniagaan ini?
Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS. Ramai juga yang melakukan perniagaan ini tanpa bantuan di atas.

SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat seperti ibu/bapa, suami/isteri, anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga kepada mereka yang sebelum ini membayar bil/prepaid telefon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian TuneTalk-ToneExcel ini.

Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian company X, dan mereka topup (kadang-kadang kita juga yang bagi duit top-up mereka), company X bertambah kaya. Kali ini jika mereka menggunakan talian TuneTalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, ceritakan peluang ini dan ajak mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.


SOALAN: Bagaimana cara saya ingin menaja orang lain?
Sungguh mudah! Anda hanya perkenalkan perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan atau sesiapa sahaja. Sesudah mereka memperolehi simkad TuneTalk-ToneExcel, suruh mereka aktifkan simkad tersebut melalui SMS dengan menyertakan ID anda sebagai penaja.

SOALAN: Bagaimana cara promosi perniagaan ini?
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mempromosi perniagaan ini dan ianya cukup mudah. Salah satunya dengan mengwar-warkan peluang perniagaan ini kepada rakan-rakan. Kaedah promosi juga banyak. Boleh buat secara online dengan berkongsi peluang ini kat laman sosial seperti Facebook dan Twitter, jika ada blog kongsikan kat blog.

SOALAN: Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya mengembangkannya secara online?
Anda boleh memohon untuk memiliki website promosi yang mengandungi semua maklumat mengenai perniagaan ini secara PERCUMA. KLIK DISINI

SOALAN: Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insuran kemalangan yang ditawarkan?
Sila rujuk disini.
http://www.tunetalk.com/my/services/insurance
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancepolicy
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancefaq


SOALAN: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, namun anda perlu selesaikan bil-bil tertunggak dahulu (jika ada).

SOALAN: Saya tiada akaun bank sendiri, bolehkah saya menggunakan akaun bank orang lain?
Boleh, anda boleh menggunakan bank akaun orang lain. Namun begitu anda perlu mengisi borang ini (download) terlebih dahulu. Selepas selesai anda boleh menghantar semula kepada info@toneexcel.com atau fax ke 03-90540278. Apabila membuat penghantaran, sila followup dengan ToneExcel samada mereka menerimanya atau tidak, call 0105000969. Kegagalan anda melakukan sedemikian menyebabkan komisyen anda akan tertangguh.

SOALAN: Boleh terangkan macamana katanya topup TuneTalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia?
Setiap kali anda topup, anda akan mendapat point untuk melayakkan anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia. Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini, jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara percuma.
Keterangan lanjut mengenai pemberian points.
Klik Disini
Keterangan lanjut mengenai redeem points. Klik Disini

Copyright ©2014 - Panduan Tone Excel

Disclaimer: Ini adalah laman web group peribadi yang dibangunkan bertujuan memberi panduan kepada agen yang berdaftar dibawah Ismail Putera Bin A.Hamid dan rangkaiannya. Ia bukan laman web rasmi syarikat yang disertai. Sebagai admin, saya tidak bertanggungjawab terhadap kerugian yang mungkin berlaku daripada penggunaan laman web ini dan saya juga tidak menjamin sebarang pendapatan.

Sila Hubungi Kami :

 

Phone : 016-685 4699

               016-995 9585

               011-2637 6574

               017-302 7920

              

Email : tunetalksc@yahoo.com

ALAMAT :

 

NO.45A JALAN KAJANG IMPIAN 2/1,TAMAN KAJANG IMPIAN 43650 BANDAR BARU BANGI,SELANGOR

MALAYSIA.

bottom of page