Panduan Tone Excel Sumber Rujukan & Panduan Buat Semua Ahli TuneTalk ToneExcel
Soalan Lazim Dari Kalangan Ahli
Di halaman ini admin kongsikan soalan-soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang sudah menjadi ahli. Mungkin anda juga ada kemusykilan atau pertanyaan yang perlukan jawapan, anda boleh membaca soalan-soalan ini terlebih dahulu. Jika kemusykilan atau pertanyaan anda itu tidak terjawab, boleh hubungi admin di 016-685 4699 / 016-9959585
SOALAN: Bagaimana ToneExcel membayar komisyen kepada saya?
Untuk bonus fast track, jika anda sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan di bank-in ke akaun anda pada hujung bulan. Jika sponsor dari 16-31 hb pula, bonus akan dimasukkan kedalam akaun pada 11 hb depan. Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa ke bulan hadapan.
SOALAN: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki topup minimum RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30.
SOALAN: Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekaligus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekaligus boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.
SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline dan bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja. Bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.
SOALAN: Saya ingin mendaftarkan downline, dimana saya boleh dapatkan simkad untuk diberikan kepadanya?
Ada beberapa cara yang boleh anda pilih untuk mendapatkan simkad:-
1. Anda boleh dapatkan melalui penaja anda. Namun anda perlu tanya terlebih dahulu samada dia mempunyai stok simkad atau tiada.
2. Anda boleh datang terus ke ibu pejabat ToneExcel yang beralamat di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur. (alamat lengkap)
3. Beli melalui agen penjual simkad yang berhampiran dengan anda. Setiap negeri sudah ada agen penjual simkad. ( Untuk Dapatakan Admin Area Bangi/Kajang/Semenyih/
Putrajaya/Dengkil/Banting/Nilai)
4. Atau anda boleh membeli daripada admin dan simkad akan dihantar menggunakan pos laju atau pos ekspress. Namun caj pos RM10 dikenakan.
SOALAN: Bagaimana cara saya ingin menaja orang lain?
Sungguh mudah! Anda hanya perkenalkan perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan atau sesiapa sahaja. Sesudah mereka memperolehi simkad TuneTalk-ToneExcel, suruh mereka aktifkan simkad tersebut melalui SMS dengan menyertakan ID anda sebagai penaja.
Lihat cara SMS di sini.
SOALAN: Bagaimana cara promosi perniagaan ini?
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mempromosi perniagaan ini dan ianya cukup mudah. Salah satunya dengan mengwar-warkan peluang perniagaan ini kepada rakan-rakan. Kaedah promosi juga banyak. Boleh buat secara online dengan berkongsi peluang ini kat laman sosial seperti Facebook dan Twitter, jika ada blog kongsikan kat blog. BE CREATIVE
SOALAN: Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah didalam member area mereka, pada bahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa fax kan atau scan borang penyerahan komisyen ini ke 03-9054 0278.
Klik disini untuk mendapatkan borang tersebut.
SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan nombor passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki akaun bank di Malaysia.
SOALAN: Saya dah join ToneExcel ini, boleh ke kalau downline saya beli simkad dari orang lain atau dari agen penjual simkad ditempat lain?
Boleh. Cuma pastikan downline anda tidak menyuruh agen penjual simkad itu mengaktifkan simkad tersebut, kerana mereka boleh aktifkan sendiri apabila pulang kerumah dengan menggunakan cara SMS. Pastikan dia tahu apa IDP anda, jangan tersilap.
SOALAN: Saya dah buat pendaftaran cara SMS tapi tiada reply pun?
Selepas 1 jam pendaftaran jika tiada reply, segera hubungi 010-777 2702 (admin3) dan dia akan beritahu apa masalah dengan SMS anda. Diantara masalah yang sering terjadi:-
1. SMS anda tidak sampai kerana handphone anda tiada kredit, message tak send out pun.
2. Salah menghantar maklumat atau tiada maklumat yang penting diberikan. Contohnya no simkad 8 digit, diberikan 7 digit sahaja, kadang2 tiada no IC atau passport, kadang2 tiada no idp.
3. No simkad yang diberikan sudah digunakan oleh orang lain.
4. No simkad yang diberikan bukan no simkad tunetalk/toneexcel tapi no tunetalk biasa.
5. Simkad yang dibeli bukan dari group Mazelan Abas, maka dealer code utk pengaktifan berbeza, jadi DEC perlu bantuan HQ mengaktifkannya, pendaftaran menjadi lambat.
6. Ada yang hantar SMS guna simkad lain, tapi belum dapat reply SMS lagi dah keluarkan simkad lain tersebut, dan masukkan simkad tunetalk. Reply akan dihantar ke simkad yang mana kita hantar message pendaftaran. Kalau dah dikeluarkan simkad tersebut, macamana nak dapat reply.
SOALAN: Saya baru sertai ToneExcel ini, macamana nak check baki dengan simkad TuneTalk ni?
Tak mengapa, baru pun asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad TuneTalk-ToneExcel ini.
* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)
* Untuk tambah nilai kredit, pergi ke kedai-kedai yang menjual topup seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, stesen minyak, dan beli topup TuneTalk. Jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.
* Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.
* Untuk mendapatkan Tune Buddies 10 nombor (Tune Buddies adalah rate istimewa dari ToneExcel dimana calling rate adalah 26sen dan SMS 15sen) *111# - Pilih Option 4 - Services, kemudian Option 3, Favourite 8
SOALAN: Sekiranya kita dapat menaja seorang downline bolehkah kita mendapat bonus fast track dengan meletakkan downline itu di level 2 atau level 3?
Tidak, hanya di level pertama sahaja.
SOALAN: Bagaimana nak setting GPRS?
Taipkan SET dan hantar ke 20999 kemudian ikut arahan yang diberikan.
SOALAN: Saya dah join TuneTalk-ToneExcel ini dan dah buat port-in, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja dan tak boleh call keluar, macam mana nak settle ya?
Kadang2 kes macam ini jadi hanya pada kita yang buat port-in sahaja. Jika anda menghadapi masalah boleh terima call in, tapi tak boleh call out, ikuti langkah dibawah ini, betulkan setting dalam handphone anda.
1) Dalam telefon anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING.
2) Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain daripada Tunetalk/Celcom. Anda kena pilih Digi atau Maxis.
3) Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNETALK atau CELCOM.
4) Sila OFF handphone anda dan ON semula dan cuba buat outgoing dan incoming call.
Jika masih tak boleh juga sila hubungi terus Khidmat Pelanggan Tunetalk (0105001333) atau ToneExcel (0105000969)
SOALAN: Saya baru menyertai biz TuneTalk-ToneExcel ni dan saya telah pun buat port in. Saya juga pengguna tegar ebanking macam maybank2u, cimbclick, e-eon, dan macam2 lagi. Semalam saya nak buat request TAC, tapi tak dapat la. TuneTalk ni tak support ke ebanking?
Terima kasih kerana bertanya. TuneTalk support ebanking. Untuk selesaikan masalah itu saya cadangkan anda pergi ke ATM bank berkenaan, tukar no telefon ke no telefon yang lain, selepas itu masuk semula dan tukar no telefon ke no telefon asal yang mana digunakan untuk terima tac tersebut. Ini macam nak reset semula je.
Tetapi saya juga ada menerima rungutan dari rakan2 yang mengatakan cara ini tidak boleh kepada no asal Celcom. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, jika anda aktif e-banking dan pengguna no Celcom, saya cadangkan elok tidak perlu buat port in, sehingga masalah ini dapat diselesaikan. Guna simkad TuneTalk seperti biasa dahulu.
SOALAN: Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang dibawah downline saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu?
Biasanya ToneExcel mengambil masa 2/3 hari untuk update didalam member area. Dan yang kedua, biasanya mereka daftar downline/affiliate, tetapi samada mereka tidak aktifkan simkad tersebut atau tidak buat satu SMS selepas aktifkan simkad.
SOALAN: Boleh terangkan macamana katanya top up TuneTalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia?
Setiap kali anda topup, anda akan mendapat point untuk melayakkan anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia. Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini, jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara percuma.
Keterangan lanjut mengenai pemberian points. Klik Disini
Keterangan lanjut mengenai redeem points. Klik Disini
SOALAN: Saya kehilangan simkad, apa perlu saya lakukan?
1. Dapatkan simkad ganti (Replacement card) pada harga RM10 sekeping. Pesanan boleh dibuat secara online.
2. Apabila dah dapat simkad tesebut, hantarkan maklumat dibawah ini:
a. Nama Penuh
b. No IC
c. No ID ToneExcel
d. No serial number simkad yang hilang itu.
e. No serial number simkad ganti yang baru diperolehi tersebut.
Hantarkan maklumat tersebut kepada toneexceldotbiz@gmail.com atau SMS ke 010-517 3358
SOALAN: Saya tersalah IC semasa pendaftaran, apa perlu saya lakukan?
Hantarkan email kepada toneexceldotbiz@gmail.com
SOALAN: Saya tersalah letak downline saya, terletak bawah orang lain, apa perlu saya lakukan?
Ini merupakan kesalahan yang tidak boleh dibetulkan. Jadi sebelum sms pastikan idp adalah betul.
SOALAN: Saya dah cuba sendiri buat proses (Port In) untuk kekal no maxis lama saya, tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi?
Proses nak kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama. Jika di maxis anda pakai IC lain dan di TuneTalk anda pakai IC lain, sudah pasti Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah anda hubungi sendiri kepada telco telefon anda dan cuba periksa terlebih dahulu apakah IC yang digunakan semasa pendaftaran dahulu. Jika tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.
SOALAN: Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?
Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda (www.toneexcel.com) dan klik di Geneology, selepas itu dekatkan cursor pada gambar tersebut dan ia akan tunjukkan no ID downline anda.
SOALAN: Saya rasa keliru mengenai program WOW program TuneTalk-ToneExcel ini, ada sesetengah web beritahu minima maintain setiap bulan RM20, ada yang tulis RM30 ada pula yang kata RM38. Yang mana satu betul?
Yang betul adalah RM20. Dulu memang RM38, tetapi sekarang adalah RM20 sahaja. Yang RM30 tu saya rasa adalah cadangan mereka untuk kita supaya kekal mendapat perlindungan insuran yang diberikan oleh etiqa Maybank. Etiqa memberi syarat kepada pengguna TuneTalk untuk kekal didalam insuran tersebut mereka perlu maintain topup sebanyak RM30.
SOALAN: Kawan saya dah daftar dan dah dapat no TuneTalk, tapi kawan tu tak suka no tu, so kawan tu nak tukar no lain. Boleh ke?
Boleh. Untuk makluman anda, member tersebut kena login di selfcare akaun untuk menukar nombor telefon yang didaftarkan.
Sila rujuk langkah-langkah untuk login ke akaun selfcare anda:
1. Pergi ke laman web www.tunetalk.com
2. Klik Selfcare
3. Klik di Forgot password/username (sekiranya anda tidak mempunyai password untuk selfcare)
4. Pilih forgot password dan masukkan NRIC serta nombor telefon anda.
5. Password tersebut akan dihantar ke telefon anda (dipaparkan di screen telefon)
6. Sila login dengan password yang diberi.
7. Setelah login, sila klik di bahagian "MY NUMBERS" dan pilih "CHANGE NUMBER" untuk menukarkan nombor telefon. Setiap penukaran nombor hp, TuneTalk akan charge RM5 kepada kita.
SOALAN: Kalau saya kekalkan no lama dari TuneTalk biasa ke TuneTalk-ToneExcel, adakah point yang ada tersebut akan hilang?
Tidak, point tersebut tidak akan hilang dan dia ikut sekali kedalam simkad TuneTalk-ToneExcel anda.