Panduan Tone Excel Sumber Rujukan & Panduan Buat Semua Ahli TuneTalk ToneExcel
Saturday, oct 1, 2014
Harga Terkini Simkad ToneExcel - RM90
Harga baru: RM90
Airtime percuma: RM30
TERKINI: Syarat Baru Layak Dapat PA Insuran
Salam sejahtera rakan2 semua,
Jika sebelum ini dimaklumkan bahawa untuk layak dapat insuran kemalangan percuma, perlu topup minimum RM50 sebulan setiap bulan (sebelum itu hanya RM30 sebulan) yang mana ianya telah berkuatkuasa mulai 20 Februari lalu. Syarat ini bukanlah dari ToneExcel tapi ianya dari TuneTalk. Ramai juga yang mengeluh dengan syarat baru ini kerana tidak semua pengguna yang akan topup sehingga RM50 sebulan terutama yang menggunakan handphone ala kadar sahaja.
Namun berita baiknya, TuneTalk masih memberi pilihan kepada pengguna untuk layak dapat insuran kemalangan tersebut dengan topup minimum RM30 sebulan tetapi perlu membuat bayaran RM1 setiap bulan dengan membuat langganan automatik. Bayaran sebanyak RM1 tersebut akan ditolak terus dari kredit pada setiap bulan. Oleh itu, jika anda topup lebih RM30 tapi kurang RM50 sebulan, admin cadangkan anda melanggan. RM1 saja kot, admin yakin anda semua mampu.
Cara melanggan:-
Dari nombor TuneTalk-ToneExcel anda, taip PA hantar ke 2222
Selanjutnya, boleh rujuk di Website Tune Talk
Syarat Baru Layak Dapat PA Insuran & Harga Baru Simkad
Salam sejahtera rakan2 semua,
Ini berita yang mungkin sedikit tidak mengembirakan kita semua dimana ada perubahan pada terma dan syarat untuk layak dapat PA dan juga harga baru simkad yang telah dinaikkan sedikit. Apa-apa pun, admin harap anda menerima berita ini dengan hati yang terbuka kerana admin yakin, dengan pelan pemasaran terbaik ToneExcel pasti perniagaan ini akan terus dan sentiasa mendapat sambutan.
1) Syarat Baru Layak Dapat PA Insuran
Untuk melayakkan pengguna simkad TuneTalk ToneExcel mendapat insuran kemalangan bernilai RM100,000 yang ditawarkan, mereka perlu topup minimum RM50 sebulan setiap bulan, bukan lagi RM30. Perubahan syarat ini berkuat-kuasa mulai 20 Februari 2014 dan akan terguna pakai selagi tiada sebarang perubahan.
2) Harga Baru Simkad
Mulai 1 Mac 2014, harga simkad akan dinaikkan kepada RM90. Seperti diberitahu, kenaikan tidak dapat dielak kerana kenaikkan harga itu adalah daripada supplier. Sebenarnya harga simkad telah naik bulan Feb ini, tetapi ToneExcel menampung kenaikkan tersebut terlebih dahulu untuk bulan ini, supaya kita semua sempat membuat persiapan terlebih dahulu
Check Status Pendaftaran & Port-in Secara Online
Salam sejahtera rakan2 semua,
Sukacita admin nak maklumkan kepada rakan2 semua yang anda kini boleh menyemak status pendaftaran dan juga status port-in dengan lebih mudah, hanya secara online sahaja. Jadi anda tidak lagi perlu bazir kredit call careline untuk bertanya mengenai status pendaftaran simkad baru samada dah aktif atau belum. Untuk status port-in pula, anda boleh tahu samada ianya sudah diproses atau belum, accepted, rejected atau completed.
Semuanya di hujung jari ➝ http://toneexcelworld.com/status
Kenapa Kekalkan No Lama (PORT-IN) Gagal?
Bagi yang belum tahu, PORT-IN adalah proses pengekalan nombor lama yang melibatkan dua pihak iaitu pihak pertama (pihak asal telco) dan pihak kedua (pihak telco baru). Jika dalam TuneTalk-ToneExcel, pihak asal telco adalah Maxis, Celcom, Digi, uMobile, Tune Talk biasa dan lain-lain. Pihak kedua pula adalah Tune Talk (yang dibawakan oleh Tone Excel).
Dalam proses port-in, pihak kedua hanya boleh MENERIMA dan meluluskan permintaan pengekalan nombor lama kedalam simkad TuneTalk-ToneExcel hanya setelah pihak pertama MELEPASKAN anda dari talian mereka. Dalam situasi ini, ada kemungkinan akan berlaku permohonan kekalkan nombor lama ditolak oleh pihak pertama atas beberapa faktor.
Antara faktor-faktor tersebut ialah:-
1. Nombor kad pengenalan yang didaftarkan di nombor lama tersebut tidak sama dengan nombor kad pengenalan yang anda daftarkan semasa mengaktifkan simkad Tune Talk (TuneTalk-TE). Jika anda hadapi masalah ni, tukar kad pengenalan di telco lama supaya sama dengan nombor kad pengenalan yang didaftarkan di TuneTalk-TE.
2. Nama yang didaftarkan di Maxis/Celcom/Digi/uMobile atau lain-lain tidak sama dengan nama yang didaftarkan di Tune Talk (TuneTalk-TE). Ini juga menyebabkan permohonan port-in ditolak. Jika anda menghadapi masalah ni, tukar nama yang didaftarkan di telco lama supaya sama dengan nama yang didaftarkan di TuneTalk-TE.
3. Anda pengguna postpaid namun mempunyai bil tertunggak. Ini memang telco lama tidak akan lepaskan. Untuk situasi ini, anda perlu menjelaskan bil tertunggak terlebih dahulu, kemudian convert dari postpaid ke prepaid. Apabila sudah berjaya convert ke prepaid, barulah buat port-in dan pasti permohonan akan diluluskan.
4. CELCOM postpaid boleh port-in terus tanpa perlu convert ke prepaid. Namun akan gagal jika anda masih ada akaun supplementary (akaun tambahan) dengan CELCOM. Jika ini berlaku, anda perlu jadikannya sebagai akaun utama dulu di CELCOM (pergi ke cawangan Celcom yang berhampiran), kemudian baru buat port-in.
5. Anda masih terikat dengan kontrak telco yang sedang digunakan. Penyelesaian untuk situasi ini ada dua pilihan iaitu, pertama tunggu kontrak tersebut habis dan yang kedua perlu tamatkan (tebus) kontrak tersebut tapi sudah tentu anda perlu membayar penalti kepada syarikat telco tersebut. Kalau sanggup bayar, tamatkan saja kontrak.
Harap anda jelas dengan semua situasi di atas sebelum melakukan port-in kerana banyak berlaku dimana port-in tidak berjaya tapi mereka marahkan pihak HQ (ToneExcel). Sebenarnya, ini bukan salah mereka. HQ sebolehnya mahu anda bertukar, tapi kerana anda menghadapi masalah seperti yang dinyatakan di atas, HQ tak boleh buat apa2.
FAQ Mengenai Plan Data (Internet)
Di halaman ini admin kongsikan antara soalan lazim yang diterima mengenai plan data (internet) TuneTalk-ToneExcel berserta jawapan dan penerangan. Sebelum bermula, ingin admin beritahu kepada anda bahawa rate plan data TuneTalk-ToneExcel tidak sama dengan rate TuneTalk biasa walaupun ianya dalam satu company yang sama. Jadi, admin harap tiada persoalan mengenai "kenapa rate kat sini tunjuk lain tapi rate kat website TuneTalk tunjuk lain?" ok!
1. Ada berapa jenis pakej internet yang terdapat dalam TuneTalk ToneExcel?
Ada beberapa pakej internet ditawarkan iaitu:1. Pay Per Use / Pay As You Use
Kadarnya RM0.10 / 1MB. Bayaran mengikut penggunaan sahaja.
2. Harian
Kadarnya ialah RM1.88 / sehari untuk 50MB
Cara daftar guna SMS, taip 50MB kemudian hantar ke 2222
3) Mingguan
Kadarnya adalah RM17 seminggu.
200MB untuk Data Internet Access + PERCUMA 20mins membuat panggilan tempatan.
Cara untuk melanggan pakej ini: Pertama pastikan kredit didalam simkad ToneExcel anda sekurang-kurangnya RM18. Jika tidak cukup, topup terlebih dahulu. Selepas itu SMS CC17 dan hantar ke 2222. Tunggu reply mengatakan permohonan akan diproses.
Untuk menghentikan langganan, hantar SMS CC17 STOP ke 2222
4) Bulanan - 1G untuk Data Internet Access
Kadarnya ialah RM42 sebulan
Cara untuk melanggan pakej ini: Pertama pastikan kredit didalam simkad ToneExcel anda melebihi RM42. Jika tidak cukup, topup terlebih dahulu. Selepas itu SMS 1GB dan hantar ke 2222. Tunggu reply mengatakan permohonan akan diproses.
Untuk menghentikan langganan, hantar SMS 1GB STOP ke 2222
5) Bulanan - 1GB PLUS
Data Internet Access + PERCUMA 60 min membuat panggilan tempatan dan 100 SMS percuma
Kadarnya ialah RM64 sebulan.
Cara untuk melanggan pakej ini: Pertama pastikan kredit didalam simkad ToneExcel anda sekurang-kurangnya RM65. Jika tidak cukup, topup terlebih dahulu. Selepas itu SMS CC64 dan hantar ke 2222. Tunggu reply mengatakan permohonan akan diproses.
Untuk menghentikan langganan, SMS CC64 STOP ke 2222
6) Bulanan - 3GB untuk Data Internet Access
Kadarnya ialah RM99 sebulan.
Cara untuk melanggan pakej ini: Pertama pastikan kredit didalam simkad ToneExcel anda sekurang-kueangnya RM100. Jika tidak cukup, topup terlebih dahulu. Selepas itu SMS 3GB dan hantar ke 2222. Nanti mereka akan reply mengatakan permohonan akan di proses.
Untuk menghentikan langganan, SMS 3GB STOP ke 2222
2. Apakah pakej RM1.88 sehari data?
Untuk RM1.88 sahaja, anda layak untuk 50MB penggunaan data setiap hari.
3. Berkaitan pakej, RM1.88 sehari, apakah kadar data sebaik sahaja 50MB habis?
Penggunaan tambahan data, akan dikenakan pada 10 sen untuk 1MB.
4. Bagaimana saya akan dikenakan bayaran untuk menggunakan Data / Internet?
Anda akan dikenakan bayaran minimum RM0.10 per MB. Pelbagai sesi akan dicaj RM0.10 setiap sesi walaupun setiap sesi mungkin tidak mencapai atau melebihi 1MB.
Contoh 1: - Jika anda memuat turun 1MB data, anda akan dikenakan bayaran RM0.10 atau jika anda memuat turun 1.5MB, anda akan dikenakan bayaran RM0.20.
Contoh 2: - Jika anda memuat turun 1MB data, tetapi ia dilakukan dalam 3 sesi, anda akan dikenakan bayaran RM0.30.
5. Adakah saya perlu mendaftar untuk mengakses Data / internet menggunakan TuneTalk?
Untuk penggunaan Pay Per Use atau Pay As You Use - RM0.10/1Mb, ia tidak perlu didaftarkan. Ianya aktif secara automatik. Namun untuk pakej-pakej lain, perlu mendaftar (membuat langganan). Caranya ditunjukkan di soalan 1 di atas.
6. Berapa kerap saya boleh melanggan pelan 50MB?
Langganan hanya boleh dibuat sekali. Walau bagaimanapun, anda boleh melanggan data tambahan sekiranya kuota data anda untuk hari itu habis. Untuk mendapatkan data tambahan, taip 50MB ADD dan hantar ke 2222.
7. Bagaimanakah aturan telefon supaya saya boleh menggunakan Data / Internet?
Name: Tunetalk GPRS
APN : tunetalk
Username : (biarkan kosong)
Password: (biarkan kosong)
8. Pada hari pertama hingga ke-3, cuma hanya 4 kali sy sms guna pakai nombor tunetalk/excel saya tu. Call tiada langsung. Hari berikutnya saya guna pakai simkad ini ke portal wifi, memang laju internetnya. Saya daftar mengikut buku yang saya beli dengan harga RM10 BIS D hantar ke 2222. Dalam 15 minit saya melayari internet, saya tak boleh bukak dah. Aik! saya pelik, pastu saya pasang semula pada fon untuk check. Saya dapati kredit saya habis. Tambah hairan saya, sedangkan saya sent daily dan sedangkan dalam simkad saya daftar RM80 tu ada isi kreadit RM30. Camne ye ianya boleh jadi begitu?
Hampir semua kes/isu seperti ini saya jumpai adalah di sebabkan sebelum mereka hantar sms untuk daftar pakej internet (tak kira pakej harian/mingguan/bulanan) mereka terlupa untuk pastikan "off data" dalam setting handphone. Apabila data masih dalam keadaan "on" mode dan kita terus hantar permohonan untuk pakej internet tanpa "off" data terlebih dahulu, maka sistem akan terus gunakan kadar biasa iaitu 10 sen/1MB.
Sepatutnya, pastikan data adalah dalam "Off" mode baru hantar permohonan. Namun, sekiranya anda telah menyedari semasa menghantar sms permohonan pakej, data dalah dalam keadaan "on", maka sila "off" kan terlebih dahulu sehingga anda menerima sms reply yang menyatakan permohonan pakej anda telah barjaya, barulah "on" data. Maka selepas itu barulah anda akan dikenakan kadar pakej internet yang anda mohon.
9. Saya guna plan daily RM1.88 / 50 MB, tetapi mengapa selepas saya guna, kredit saya yang banyak habis semua?
Plan RM.1.88 adalah untuk 50MB sehari sahaja. Sekiranya kuota 50MB telah habis, secara automatik anda akan dikenakan kadar bayaran biasa Pay Per Use (PPU) 10 sen / 1MB. Jika anda banyak melayari internet yang mempunyai aplikasi video, audio dan download yang kebanyakannya mempunyai penggunaan data yang besar, memang kadar 10sen /1MB akan menjadi tidak sesuai.
10. Saya tidak dimaklumkan berapakah jumlah data yang sudah saya gunakan ATAU adakah kuota saya sudah habis atau belum. Jadi, bagaimana saya nak tahu jumlah baki penggunaan data saya agar saya tidak terlajak menggunakan 10 sen/1MB?
Sebenarnya TuneTalk ada menyediakan kaedah untuk check berapa baki kuota harian/mingguan/bulanan anda. Caranya ialah, dail *134#
11. Bolehkah kita guna sim TuneTalk-ToneExcel (TTTE) ini untuk broadband di rumah?
Boleh! Cuma pastikan berapakah kebiasaan penggunaan data sebelum ini. Jika di bawah 3GB maka bolehlah ambil pakej bulanan 3GB (RM99 sebulan). Namun seandainya jika sebelum ini penggunaan melebihi 3GB, tidak digalakkan menggunakan sim ini untuk dijadikan broadband. Paling penting, kena faham maksud perkataan "kuota" dan "GB". Sekiranya kurang memahaminya, dikhuatiri kita tidak akan dapat menyesuaikan jenis pakej dengan kadar penggunaan yang biasa digunakan. Dalam erti kata lain, kita akan tersilap pilih pakej dan sudah semestinya akan membuat pelbagai andaian terhadap TuneTalk-ToneExcel.

